Tema 6

PENGGUNA RASIONAL
1.Pengguna ialah mereka yang menggunakan barangan atau perkhidmatan yang ada di pasaran.
2.Pengguna rasional merujuk kepada pengguna yang pandai membuat keputusan, bermaklumat dan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan.  
3.Pengguna rasional selalunya akan berbelanja secara berhemah dengan membuat bajet dan mengikut keperluan serta kemampuan.
4.Pengguna yang bijak seharusnya mengetahui haknya dan bertindak dengan bijaksana. Terdapat 8 hak pengguna:
-Hak mendapatkan keperluan asas.
-Hak untuk bersuara.
-Hak mendapatkan jaminan keselamatan.
-Hak untuk mendapatkan ganti rugi.
-Hak mendapatkan maklumat.
-Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan.
-Hak membuat pilihan.
-Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.
5.Etika pengguna dan pengeluar bermaksud membudayakan standard kepenggunaan dalam kehidupan seharian.  6.Sebagai pengguna yang beretika, kita tidak harus membeli barangan seludup atau curi.
7.Pengeluar perlu mematuhi kod etika semasa menguruskan perniagaan dan harus mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh SIRIM dan Jabatan Standard Malaysia.
8.Standard amat penting untuk menyelaraskan pembuatan sesuatu produk supaya kehidupan lebih selamat dan terjamin.
9.KPDNHEP merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kepentingan pengguna daripada penindasan peniaga.
10.Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah diwujudkan untuk melindungi hak pengguna dengan menyediakan alternatif selain mahkamah bagi pengguna menuntut ganti rugi.
11.Pengguna juga harus peka dan mengambil inisiatif untuk memperluaskan pengetahuan mereka agar tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga atau pengeluar.

1 comment: