Tema 3

TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKAT
KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH SOSIAL DALAM MASYARAKAT.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini , murid dapat :
- Megenal pasti isu dan masalah sosial yang wujud dalam

  masyarakat
- Menyenaraikan faktor yang menyebabkan wujudnya isu

   dan masalah sosial dalam masyarakat
- Menyenaraikan akibat daripada masalah sosial dalam
  masyarakat
- mengambil tindakan yag wajar untuk menangani isu dan 

  masalah sosial dalam masyarakat 
- Peka terhadap isu dan masalah sosial dalam masyarakat


1.Terdapat pelbagai isu dan masalah sosial yang mengancam masyarakat terutamanya remaja.

2.Antara masalah sosial tersebut berikut:
-Penyalahgunaan dadah.
-Penderaan
-Penyalahgunaan teknologi.
-Pergaulan bebas.
-Vandalisme
-Gengsterisme.

3. Antara punca-punca yang mengakibatkan timbulnya pelbagai isu dan masalah sosial dalam masyarakat :
-Kepincangan keluarga.
-Pengaruh rakan sebaya.
-Pengaruh budaya kuning dari barat.
-Tiada pegangan agama yang kukuh.

4. Gejala sosial ini akan membawa kesan yang buruk terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara kerana ia mengancam keselamatan, kestabilan dan keamanan serta merugikan negara.

5. Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan bagi membasmi gejala sosial negatif:
-Mengadakan kempen kesedaran.
-Menguatkuasakan undang-undang.
-Memberikan didikan agama dan moral.
-Memberi khidmat nasihat dan kaunseling.
-Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan baik iaitu memberi perhatian dan kasih sayang.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DALAM MASYARAKAT

1. Norma komuniti merupakan peraturan dan amalan-amalan yang menjadi kebiasaan dan diterima oleh komuniti.

2. Antara amalan norma komuniti dalam masyarakat.
-Adab dalam majlis rasmi dan di meja makan.
-Amalan bergotong-royong.
-Amalan membuka kasut sebelum masuk rumah.
-Anak-anak menghormati dan mentaati ibu bapa atau orang yang lebih tua.
-Dilarang melakukan jenayah yang salah di sisi undang-undang.

3. Peraturan pula adalah segala yang ditetapkan sama ada secara lisan atau bertulis dan harus dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat.

4. Antara kepentingan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat adalah:
-Membentuk anggota masyarakat yang beradab, beretika, berdisiplin dan bertanggungjawab.
-Menjamin kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara.
-Membimbing dan mendorong kehidupan yang lebih baik dan sempurna.
-Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
-Mengawal tingkah laku dan perlakuan serta kehidupan dalam sesebuah komuniti.

5. Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau antisosial yang dilakukan oleh golongan juvana yang berusia di bawah 18 tahun.

6. Pesalah juvana lazimnya tidak akan dikenakan hukuman penjara sebaliknya akan dihantar ke pusat pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry Gurney yang dikelolakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.


No comments:

Post a Comment