Tema 5

1.Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini.
2.Kedudukan perlembagaan adalah lebih tinggi dan mengatasi kekuasaan Yang di- Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.
3.Perkara 75 menyatakan mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal dengan sendirinya.
4.Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia:
5.Peraturan atau prinsip asas yang menjadi penentu pentadbiran sesebuah negara.
6.Menentukan pembahagian kuasa dan pelaksanaan kuasa sesebuah pemerintahan.
7.Sumber kepada penggubalan undang-undang negara :
POLITIK
-Menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.
-Menjamin pentadbiran dan pemerintahan yang cekap, adil dan telus.
-Menjamin kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.
-Merupakan panduan pemerintahan negeri.
-Menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.
EKONOMI
-Memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum.
-Kestabilan politik menjamin perkembangan ekonomi.
-Kestabilan politik juga menarik kedatangan pelabur luar.
SOSIAL
-Mewujudkan integrasi yang membentuk negara dan bangsa yang bersatu padu dan taat setia kepada negara.
-Menjaga dan memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
-Menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.

PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
-Perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 15 bahagian dengan 183 perkara.
-Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia merangkumi bahasa, agama, kewarganegaraan,hak asasi, kedudukan istimewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
BAHASA
-Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
-Bahasa Malaysia digunakan untuk maksud dan tujuan rasmi, namun penggunaan bahasa lain tidak ditegah.
AGAMA
-Agama Islam sebagai agama rasmi negara, namun semua orang bebas mengamalkan dan menganuti agama masing-masing.
-Raja/Sultan ialah ketua agama Islam.
KEWARGANEGARAAN
-Mempunyai taraf keanggotaan sesebuah negara
-Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab dan hak terhadap negara
-Tanggungjawab utama warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung perlembagaan.
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
-Tiga perkara menjadi hak keistimewaan utama, iaitu peluang dalam perkhidmatan awam, ekonomi dan pelajaran.
-Kedudukan istimewa orang Melayu- berhubung dengan tanah rizab.
HAK ASASI
-Kebebasan beragama- setiap individu bebas mengamalkan agama masing-masing.
-Kebebasan diri- setiap individu yang tidak bersalah di sisi undang-undang tidak boleh diambil nyawanya, dipaksa kerja, dihukum, dibuang negeri, dihalang bersuara, dilarang berkumpul dan ditegah menubuhkan persatuan.
-Kebebasan ekonomi- setiap individu bebas menjalankan aktiviti ekonomi selagi tidak bertentangan dengan undang-undang negara.

No comments:

Post a Comment