Tema 2


TEMA 2 : HUBUNGAN KEKELUARGAAN
UNIT 3 : KEPERLUAN BERKELUARGA

HASIL PEMBELAJARAN 
Pada akhir unit ini,murid dapat:
      - Menghuraikan keperluan berkeluarga.
      - Menjelaskan peranan badan kerajaan dan bukan kerajaan yang

        berkaitan dengan institusi kekeluargaan. 
      - Berusaha mengukuhkan institusi kekeluargaan.
      - Menjalinkan hubungan erat antara anggota keluarga.
      - Menghargai institusi kekeluargaan.


1.Keluarga merupakan asas atau terkecil yang membentuk sesebuah masyarakat.

2.Keluarga juga merupakan komuniti pertama yang mula dikenali oleh anak-anak.

3.Setiap anggota keluarga memainkan peranan penting untuk mengukuhkan institusi keluarga.

4. Keluarga bahagia, berkualiti dan cemerlang dapat dilahirkan jika setiap anggota keluarga mengetahui tanggungjawab masing-masing.

5. Pelbagai cara boleh dipraktikkan bersama bagi mengukuhkan institusi keluarga. Antaranya ialah beriadah bersama, makan bersama, meraikan hari istimewa bersama-sama, berkongsi suka duka bersama-sama, saling membantu dan bekerjasama sesama anggota keluarga dan lain-lain lagi.

6. Keperluan berkeluarga boleh dilihat dari tiga aspek :

POLITIK :
-Menjadi ketua dan pemimpin kepada keluarga.
-Melahirkan bakal pemimpin atau pelapis negara.
-Melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berguna kepada bangsa dan negara, menyediakan anggota tentera untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

EKONOMI :
-Menyediakan tenaga kerja dalam negara.
-Menyediakan pengguna dan pembeli barang untuk mengembangkan ekonomi negara selain meluaskan pasaran pengguna.

SOSIAL :
-Melahirkan zuriat bagi mengembangkan unit keluarga.
-Memenuhi tuntutan agama bagi mendirikan keluarga secara sah.
-Menggelakkan gejala tidak sihat seperti anak luar nikah, bersekedudukan dan pembuangan bayi.
-Menambahkan rakyat dalam sesebuah negara.

Badan yang terlibat dalam institusi kekeluargaan :

1. Jabatan Pembangunan Wanita 




2. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara











No comments:

Post a Comment