Tema 4


PRINSIP-PRINSIP PENTING DALAM AJARAN PELBAGAI AGAMA
1. Agama merupakan pegangan hidup manusia. Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung dalam agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam menghadapi cabaran.
2. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain bebas diamalkan secara aman.  Malaysia kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.
3. Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi manusia yang baik, taat kepada ajaran agama masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan diri.
4. Agama Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil kepada manusia lain dan menyebarkan ilmu yang dimiliki kepada orang lain tanpa mengira waktu.
5.  Nilai lain yang ditekankan oleh agama Islam ialah tidak bersifat pilih kasih, bersifat ihsan, sentiasa sabar untuk menghadapi segala penderitaan dan kesusahan, merendah diri dan tidak memandang rendah pada orang lain, selain benar dan amanah.
6. Agama Buddha pula menekankan keyakinan yang berdasarkan kepada pengetahuan. Seseorang penganut agama Buddha mestilah mempunyai pemikiran yang rasional dan mengambil keputusan yang bijak tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
7. Ajaran Hinduisme mengajar penganutnya untuk mempercayai Tuhan dan segala-galanya datang daripada Tuhan dan Tuhan akan memberikan keputusan yang bijak tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
8.  Agama Kristian juga mengajar umatnya untuk mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan serta berkhidmat untuk masyarakat agar sentiasa dirahmati Tuhan.

KEPENTINGAN AMALAN-AMALAN TERTENTU DALAM PERAYAAN PELBAGAI KAUM
1. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang kaya dengan pelbagai perayaan.
2. Perayaan-perayaan yang disambut setiap tahun ini mempunyai keunikannya tersendiri dan ia dirayakan bersama-sama dengan kaum lain dengan perasaan muhibah dan perpaduan.
3. Antara perayaan-perayaan penting yang disambut di negara ini ialah Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deevapali, Thaipusam, Hari Wesak, Krimas, Hari Raya Aidil Adha, Hari Gawai, Tadao Keamatan, Perayaan Ponggal dan Vaisakhi.
4. Keunikan ini juga menjadi daya penarik pelancong ke negara kita.
5. Amalan baik kampung menjadi tradisi semua kaum apabila menjelangnya sesuatu perayaan untuk meraikannya dengan keluarga dan sanak-saudara.
6. Amalan ziarah-menziarahi merupakan fenomena yang biasa ketika sambutan perayaan.  Secara tidak langsung perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
7. Islam menyarankan umatnya memohon maaf ketika perayaan Hari Raya Puasa.  Amalan ini dapat menjernihkan sebarang perselisihan faham dan memulihkan kasih sayang antara anggota keluarga.
8. Semangat komuniti atau kemasyarakatan dapat dilihat ketika sambutan perayaan-perayaan ini. Amalan memakai pakaian dan memasak makanak tradisional menyerikan lagi sambutan tersebut.
9. Mengadakan rumah terbuka merupakan satu lagi amalan yang sering diadakan oleh kerajaan Malaysia untuk menjalinkan perpaduan antara kaum. Pelbagai acara dan aktiviti serta juadah tradisional akan dihidangkan untuk semua lapisan masyarakat.
10. Amalan-amalan ini mewujudkan rasa hormat, persefahaman dan tolak ansur antara pelbagai kaum di negara ini.

KELEBIHAN SAMBUTAN PELBAGAI PERAYAAN :
-Mengeratkan hubungan pelbagai kaum.
-Mengekalkan amalan dan tradisi setiap kaum.
-Mewujudkan perasaan hormat, toleransi dan saling faham-memahami antara kaum.
-Daya penarik pelancong.

AMALAN-AMALAN PENTING KETIKA PERAYAAN :
HARI RAYA AIDILFITRI
-Wajib berpuasa selama sebulan (bulan Ramadan) sebelum berhari raya.
-Membayar zakat fitrah.
HARI RAYA AIDILADHA
-Menunaikan solat sunat Aidiladha pada pagi hari raya.
-Penyembelihan binatang akan dilakukan dan dagingnya akan disedekahkan kepada fakir miskin dan jiran-jiran yang beragama Islam.
TAHUN BARU CINA
-Mengadakan makan besar bersama semua angggota keluarga .
-Tradisi mengunjungi dan memberi angpau kepada mereka yang belum berkahwin.
HARI DEEPAVALI
-Menyalakan pelita di kawasan rumah.
-Amalan mandi minyak geliga bertujuan untuk penyucian badan dan pembuangan dosa.
HARI KRIMAS
-Menghias pokok Krimas dan bertukar-tukar hadiah dengan kaum keluarga.
-Berkumpul bersama keluarga untuk makan malam.
TADAO KEAMATAN
-Mengadakan upacara kepada semangat padi sebagai tanda kesyukuran.
-Menjamu makanan tradisional dan minuman tapai.
HARI GAWAI
-Mengadakan upacara sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran .
-Menghidangkan air tuak.
HARI VAISAKHI
-Berkumpul untuk mendapat restu daripada guru di Gudwara.
-Menggantikan bendera suci di Gudwara.
-Membaca kitab suci (Guru Granth Sahib)

No comments:

Post a Comment